PTPTN bakal umum mekanisme penangguhan bayaran balik pinjaman

GEORGE TOWN – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang memperincikan mekanisme penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam berpendapatan rendah seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027.

Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, kaedah pelaksanaan inisiatif itu sedang dibincangkan bersama Kementerian Kewangan dan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, peminjam berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan akan diberikan penangguhan bayaran balik, manakala mereka yang berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 hanya perlu membayar RM50 sebulan.

Bagi peminjam berpendapatan melebihi RM3,000 pula, bayaran balik perlu diteruskan seperti biasa.

Selain itu, peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik secara konsisten layak menikmati diskaun sebanyak 10 peratus seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027.

Norliza turut menggalakkan peminjam yang mempunyai tunggakan supaya berunding dengan PTPTN bagi menyusun semula bayaran balik untuk mengelakkan risiko disenarai hitam.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Junior Superhero Simpan SSPN 2026 di Hospital Pulau Pinang.

PTPTN memaklumkan bahawa perincian penuh pelaksanaan inisiatif berkenaan akan diumumkan selepas perbincangan bersama Kementerian Kewangan dimuktamadkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *