MARA sasar graduan terima gaji setimpal dengan kemahiran

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memperkukuh pembiayaan strategik dalam bidang pendidikan dan keusahawanan bagi memastikan graduan memperoleh pekerjaan berkualiti dengan gaji setimpal kemahiran.

Ketua Pengarah MARA, Dr Mahzan Teh berkata, pendekatan itu penting supaya dana yang disalurkan bukan sekadar menyediakan peluang pendidikan, tetapi turut memberi impak kepada pembangunan sosioekonomi Bumiputera.

Menurut beliau, kadar kebolehpasaran graduan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) MARA kini mencecah antara 97 hingga 99 peratus.

Bagaimanapun, MARA mahu kejayaan graduan turut dinilai berdasarkan kualiti pekerjaan serta pendapatan yang sepadan dengan kemahiran dan kompetensi mereka.

Dalam sektor keusahawanan pula, MARA memberi tumpuan kepada pembangunan perniagaan Bumiputera daripada perusahaan mikro dan kecil kepada syarikat berskala lebih besar.

Usaha itu diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama agensi seperti TERAJU dan MATRADE, selain penyelarasan sektor pendidikan, keusahawanan serta pelaburan.

Mahzan berkata, inisiatif tersebut selaras dengan Pelan Strategik MARA 2026–2030 yang bertujuan memperkukuh modal insan dan meningkatkan penguasaan ekonomi Bumiputera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *