Kerajaan terbuka pertimbang komponen GST untuk tambah baik SST

KUALA LUMPUR – Kerajaan terbuka mempertimbangkan beberapa komponen Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menambah baik pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sebarang pelarasan terhadap sistem percukaian perlu diteliti dengan cermat dan tidak menambah beban kepada golongan termiskin. Namun, kerajaan tidak mempertimbangkan prinsip asas GST sebagai cukai menyeluruh kerana cukai sedemikian turut dikenakan kepada golongan berpendapatan rendah.

“Pelarasan dari segi kaedah dan proses untuk menambah baik SST, atau penggunaan beberapa komponen GST, boleh dipertimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan TikTok Shop 2026.

Anwar berkata prinsip utama Kerajaan MADANI adalah memastikan perubahan cukai tidak membebankan golongan paling miskin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *