SEPANG: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang terus memberikan sokongan kepadanya ketika berdepan proses perundangan.
Beliau berkata, doa serta mesej yang diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat memberikan kekuatan dan keyakinan untuk menghadapi situasi berkenaan.
Kes berkenaan tercetus susulan penularan video pada 28 September lalu yang memaparkan Mohd Shuhaily berdepan dua individu di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Beliau kini berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan berkaitan dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis. Proses perundangan berhubung kes itu diteruskan di Mahkamah Majistret Sepang.
Mohd Shuhaily turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat serta memberikan sokongan moral kepadanya.
Menurut beliau, urusan berkaitan kes yang dihadapinya akan diserahkan kepada proses perundangan untuk berjalan mengikut tatacara sewajarnya.
Beliau juga memaklumkan bahawa sidang media yang diadakan itu merupakan yang terakhir berhubung perkara berkenaan buat masa ini.
Sebarang perkembangan selepas proses di mahkamah akan dimaklumkan oleh peguam yang mewakilinya.














Leave a Reply