SERDANG – Penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 mencerminkan komitmen kerajaan untuk memartabatkan sektor pertanian dan memperkukuh keterjaminan makanan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pertanian kekal sebagai antara keutamaan kerajaan dan peruntukan kepada sektor itu wajar ditingkatkan seiring pencapaian yang semakin memberangsangkan.
Anwar turut menyentuh perkembangan industri pertanian, termasuk peningkatan eksport nanas dan pengeluaran bawang yang kini semakin berkembang. Menurutnya, perkembangan itu menunjukkan sektor pertanian negara semakin moden, dengan hubungan perdagangan antarabangsa yang turut meningkat.
Berucap pada Majlis Penutup MAHA 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), beliau berkata pameran yang telah berlangsung lebih lima dekad itu mencatat kemajuan besar pada edisi kali ini.
Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan MAHA 2026, termasuk petani, peladang, nelayan, pengusaha industri pertanian dan orang ramai.
Sumber : RTM
Foto : BERNAMA












Leave a Reply