Indonesia Gesa Pengendali Umrah Elak Transit di Malaysia, Singapura Buat Sementara Waktu

Kerajaan Indonesia menggesa pengendali pakej umrah supaya mempertimbangkan penerbangan terus ke Arab Saudi berbanding menggunakan laluan transit di Malaysia dan Singapura buat sementara waktu.

Memetik laporan ANTARA, Timbalan Menteri Haji dan Umrah Indonesia, Dahnil Anzar Simanjuntak berkata, kira-kira 70,000 jemaah umrah dari negara itu menggunakan penerbangan transit melalui kedua-dua negara berkenaan.

Menurut beliau, jumlah tersebut merupakan peluang untuk merancakkan ekonomi domestik sekiranya lebih ramai jemaah menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan Indonesia seperti Garuda Indonesia dan Lion Air.

Langkah berkenaan turut dilihat sebagai usaha mengurangkan risiko gangguan perjalanan susulan ketegangan geopolitik di rantau Timur Tengah.

Sehubungan itu, jemaah digalakkan memilih penerbangan terus ke Jeddah atau Madinah. Bagaimanapun, kerajaan Indonesia menyatakan bahawa keadaan di Arab Saudi ketika ini masih selamat untuk pelaksanaan ibadah umrah.

Dahnil turut mengakui syarikat penerbangan tempatan perlu meningkatkan kualiti perkhidmatan serta menawarkan tambang yang kompetitif bagi menarik lebih ramai jemaah menggunakan penerbangan terus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *