BERJUANG DALAM KECEDERAAN DEMI NEGARA! PENGORBANAN ATLET PARA MALAYSIA CETUS RASA BANGGA

KUALA LUMPUR, 27 Oktober – Pengorbanan atlet para negara yang tetap berjuang meskipun berdepan kecederaan dan kesakitan mencuri perhatian Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, sepanjang menyaksikan aksi kontinjen Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.

Beliau menzahirkan rasa bangga apabila atlet negara berjaya memenuhi sasaran enam pingat emas, hasil semangat juang dan pengorbanan besar setiap atlet.

Antara pencapaian membanggakan ialah kejayaan Zuhairie Ahmad Tarmizi yang meraih emas pertama negara dalam acara ujian masa 1,000 meter C4-C5 berbasikal para, selain memecahkan rekod temasya dengan catatan 1 minit 4.882 saat.

Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, turut mempertahankan emas kategori 72 kilogram meskipun mengalami kecederaan bahu. Sementara itu, Cheah Liek Hou bersama Mohamad Faris Azri berjaya meraih emas badminton beregu SU5 walaupun Liek Hou bertanding dengan koyakan otot paha.

Dr Mohammed Taufiq turut menghargai sumbangan jurulatih, pasukan perubatan, pegawai, keluarga atlet serta agensi berkaitan yang memainkan peranan penting dalam kejayaan kontinjen negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *