Anwar zahir ucapan tahniah sempena Jubli Perak pemerintahan Sultan Selangor

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan baginda pada Ahad.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan agar Sultan Sharafuddin sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta kesejahteraan berpanjangan.

Beliau turut berharap agar baginda terus memayungi rakyat Selangor dengan penuh keadilan dan kesaksamaan.

Dalam hantaran sama, Perdana Menteri mengakhiri ucapan dengan lafaz “Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku” sebagai tanda penghormatan kepada baginda.

Sambutan Jubli Perak itu menandakan 25 tahun pemerintahan Sultan Sharafuddin sebagai Sultan Selangor kesembilan sejak menaiki takhta pada 22 November 2001.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *