KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 8.16 pagi untuk mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026.
Ketibaan beliau bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, disambut pemimpin kerajaan Persekutuan dan negeri. Turut hadir ialah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud; serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.
Mesyuarat tersebut dijadualkan bermula pada 8.30 pagi, dengan Sabah menjadi tuan rumah. MTPMA63 menjadi platform untuk membincangkan perkembangan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya perkara yang melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak.
Anwar berada di Sabah bagi lawatan kerja selama dua hari bermula 10 September, dengan beberapa program rasmi dijadualkan sepanjang lawatan tersebut.
Sumber : BERNAMA












Leave a Reply