KUALA LUMPUR, 3 November – Kerajaan akan memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ancaman keselamatan global, termasuk memastikan bekalan makanan, air serta tenaga negara mencukupi dan tidak terganggu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan konflik antarabangsa menunjukkan ancaman keselamatan kini bukan sahaja melibatkan peperangan konvensional, malah merangkumi serangan siber, penyebaran maklumat palsu, sabotaj infrastruktur kritikal serta gangguan rantaian bekalan.
Beliau berkata kerajaan memandang serius perkembangan itu dan telah mengadakan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meneliti tahap kesiapsiagaan negara serta keupayaan mekanisme sedia ada dalam menghadapi krisis dan ancaman hibrid.
Menurut Anwar, mekanisme pengurusan keselamatan dan krisis negara perlu terus diperkukuh, khususnya dari segi penyelarasan antara agensi, perkongsian maklumat serta kejelasan peranan setiap pihak.
Pendekatan itu penting bagi memastikan tindakan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur tanpa pertindihan tanggungjawab atau kelewatan dalam membuat keputusan.












Leave a Reply