Anwar Tegas: Institusi Bumiputera dan Islam Mesti Jadi Contoh Tadbir Urus Baik!

KUALA LUMPUR, 27 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa institusi berkaitan kerajaan yang menjaga kepentingan Bumiputera dan umat Islam perlu menjadi contoh dalam amalan tadbir urus yang baik, khususnya dari segi integriti, ketelusan dan akauntabiliti.

Beliau berkata, institusi berkenaan perlu mengamalkan prinsip pengurusan yang lebih ketat dan tidak boleh berkompromi terhadap sebarang kelemahan pengurusan.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat berhubung langkah memastikan dana syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) digunakan secara berhemah dan tidak disalahgunakan untuk menyelamatkan syarikat besar yang menghadapi masalah kewangan.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut memainkan peranan dalam pembangunan negara, termasuk penyediaan perumahan, kemudahan pendidikan serta pembangunan ekonomi tempatan.

Beliau turut memaklumkan bahawa sebanyak 500 kampung dan 1,700 sekolah menerima manfaat melalui program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI dengan penglibatan GLIC serta syarikat swasta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *