Hari lahir Datuk Seri Vida bertukar duka, bapa Cik B meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Hari yang sepatutnya diraikan dengan kegembiraan bertukar pilu apabila pempengaruh media sosial, Cik B menerima berita pemergian bapanya, Mohd Amin Yasin, pada Sabtu.

Lebih menyedihkan, pemergian Allahyarham berlaku pada hari yang sama dengan ulang tahun kelahiran ibunya, usahawan terkenal Datuk Seri Vida.

Menerusi perkongsian di Threads, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen meluahkan rasa sedih dan mengakui sukar menggambarkan perasaannya selepas menerima berita tersebut.

Menurutnya, hari yang sepatutnya dipenuhi kebahagiaan kini bertukar menjadi saat penuh kesedihan akibat kehilangan insan tersayang.

Bintang program Talk To My Manager (TTMM) itu turut berkongsi berita pemergian bapanya menerusi Instagram Story.

Sementara itu, Datuk Seri Vida dilaporkan mengesahkan pemergian bekas suaminya yang meninggal dunia di Kelantan pada pagi Sabtu.

Setakat laporan diterbitkan, punca sebenar kematian Allahyarham masih belum dipastikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *