Tiada arahan hentikan siasatan kes Felda, Anwar tegaskan proses diteruskan secara telus

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada sebarang arahan dikeluarkan untuk menangguhkan atau menghentikan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan membabitkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Menurut beliau, siasatan berkenaan memerlukan masa bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum sebarang tindakan lanjut, termasuk pendakwaan, dapat dipertimbangkan.

Anwar menjelaskan bahawa isu Felda telah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri dan tiada pihak menghalang proses siasatan, sebaliknya kerajaan mahu ia dilaksanakan secara telus.

Beliau berkata, meskipun Kertas Putih Felda telah dibentangkan pada 2019, tindakan susulan hanya dimulakan selepas kerajaan pimpinannya mengambil alih pentadbiran pada 2022.

Antara langkah yang dilaksanakan termasuk penubuhan Jawatankuasa Petugas Khas Felda yang mengambil masa kira-kira setahun sebelum kertas siasatan dibuka.

Penjelasan itu diberikan ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) di Dewan Rakyat pada Selasa, berhubung persoalan mengapa tindakan pendakwaan hanya dilakukan sekarang sedangkan urus niaga yang dipertikaikan berlaku antara 2010 hingga 2020.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut menyentuh isu Lembaga Tabung Haji (TH) dengan menjelaskan bahawa siasatan tetap diteruskan meskipun berlaku kelewatan selama dua tahun susulan proses pemulihan yang dilaksanakan.

Beliau menegaskan bahawa kelewatan dalam proses siasatan tidak bermaksud kerajaan mengar ahkan siasatan dihentikan atau ditangguhkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *