KUALA LUMPUR – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Raja Jordan, Raja Abdullah II, melengkapkan rangka lawatan negara dua hari baginda ke Malaysia.
Pertemuan itu berlangsung di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum Raja Abdullah II berangkat pulang. Baginda berada di Malaysia atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Lawatan tersebut merupakan lawatan negara kedua baginda ke Malaysia sejak 2008.
Sebelum itu, Raja Abdullah II menghadiri Istiadat Sambutan Negara di Istana Negara dan mengadakan pertemuan empat mata dengan Sultan Ibrahim. Baginda turut menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) dalam istiadat khas di Istana Negara.
Lawatan ini berlangsung ketika Malaysia dan Jordan meraikan lebih enam dekad hubungan diplomatik sejak 1965. Pertemuan antara Anwar dan Raja Abdullah II menjadi satu lagi ruang untuk memupuk persefahaman serta memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin.
Sumber/ Foto : BERNAMA












Leave a Reply